BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Wakaf Masjid Di Kemboja

Pembinaan Surau / Masjid - Dana wakaf masih dibuka

Selain pengurusan program qurban dan akikah, kami juga menjalankan program wakaf masjid di Kemboja dan telaga tube di Bangladesh.

Dana wakaf dikumpul sepanjang masa dan akan diserahkan kepada pengurusan masjid dan telaga tube dengan kadar segera supaya projek terus berjalan dan pahala para penyumbang terus diperolehi, insyaAllah.


Masjid Kg Selamat semasa awal pembinaan
Yayasan Salam Malaysia telah membina tiga buah surau di Praksandai, Wilayah Kratie. Kesemua surau ini masih digunakan sehingga kini dan salah satu darinya telah dijadikan sekolah untuk pengajian agama. 


Beberapa tahun lalu, Yayasan Salam Malaysia menerima kunjungan dari penduduk Kampung Selamat, Ratanakkiri, Cambodia. Mereka memohon bantuan untuk mendirikan sebuah masjid memandangkan kawasan tersebut merupakan penempatan baru. 

Cuma terdapat dua buah perkampungan Islam di sana iaitu Kampung Selamat dan Kampung Thmey. Lebih 120 keluarga mendiami kedua-dua kampung ini. Mereka hanya mempunyai sebuah surau yang berlantaikan tanah, beratap zink dan berdinding kanvas.


Ratanakkiri yang terletak kira-kira 600 kilometer dari Phnom Penh merupakan k
Masjid Kg Selamat dalam pembinaan 2014 - 2015
awasan tanah tinggi berhampiran sempadan Vietnam. Kebanyakan kawasan ini didiami oleh kaum pribumi (orang asli) Cambodia.


Kesinambungan dari itu, Yayasan Salam Malaysia telah pun membuka tabung dana untuk memulakan Fasa Pertama pembinaannya. Hampir kesemua kos pembinaan surau dan masjid ini adalah sumbangan dari rakyat Malaysia, melalui Yayasan Salam dan beberapa organisasi lain.

Walaupun jadual asal masjid ini disiapkan sepenuhnya pada pertengahan 2015, tetapi kekangan kewangan menyebabkan pembinaannya bergerak perlahan. Pun begitu, ia telah pun digunakan untuk solat berjemaah dan kelas al-Quran sejak awal 2015. 


Masjid Kg Selamat telah siap
Alahamdulillah, pada 2016, Masjid Kampung Selamat telah siap sepenuhnya.Ia digunakan untuk solat berjemaah, kelas agama dan al-Quran serta menjadi pusat aktiviti penduduk kampung. Malah, ia menjadi tempat pengumpulan untuk mangsa banjir kerana kedudukannya yang lebih tinggi.


Yayasan Salam Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penyumbang.


Kini, kami sedang memasuki Fasa Kedua perlaksanaannya iaitu menambah kelengkapan masjid. Kutipan dana wakaf masih dibuka sepanjang tahun.


Masjid Kampung Selamat, Ratanakkiri, Kemboja
Pembinaan tapak tandas, kawasan wudhu' & pengurusan jenazah
Perhatikan di kiri masjid, tandas asal berdinding kanvas.

Kami sedang membina kemudahan tandas dan bilik pengurusan jenazah di masjid tersebut. Kami juga merancang untuk memasang sistem solar, membina kolam wudhu' dan telaga tiub bersama pam enjin untuk kemudahan para penduduk.


Untuk menyertai atau menyumbang, sila hubungi Yayasan Salam Malaysia di talian 03-79584021 atau info@salam.org.my.
 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates