BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Qurban Dan Akikah

Program qurban dan akikah (atau aqiqah) telah dimulakan sejak tahun 2006 lagi dengan tujuan untuk membantu golongan yang memerlukan merasai daging ibadah qurban dan akikah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu para petani dan penternak meningkatkan pendapatan dengan hasil pembelian dan penjualan haiwan ternakan.

Di Kemboja, program ini telah dimulakan secara kecil-kecilan di Wilayah Kratie. Dari tahun ke tahun, ia dikembangkan ke Wilayah Ratanakkiri, Kandal, Phnom Penh, Kampong Cham sehingga ke Sihanoukville. Keutamaan diberikan kepada perkampungan miskin, sekolah-sekolah pondok dan penduduk yang jauh di pedalaman.

Pada tahun 2014, Yayasan Salam Malaysia telah berkerjasama dengan Palestinian Orphanage Homes (POHA) untuk melaksanakan program yang sama di Gaza, Palestin. Keutamaan diberikan kepada keluarga miskin (warga emas, anak yatim dan ibu tunggal) yang kehilangan tempat bergantung akibat peperangan. Semoga usaha ini akan memberi pertolongan kepada penduduk Gaza yang penuh cabaran akibat sekatan dan tekanan Israel.

Dan, pada 2015 program ini dikembangkan lagi ke Bangladesh bersama Sabeelul Huda Education Foundation sebagai rakan NGO di sana. Bangladesh merupakan sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk Islam yang tinggi dan ramai yang berada di bawah paras kemiskinan.

Tidak lupa juga !! Program ini turut dijalankan di Malaysia dengan tumpuan di perkampungan orang asli sekitar Hulu Selangor dan keluarga miskin serta ibu tunggal di Hulu Langat.

Sila klik untuk maklumat lanjut:

4. Mengapa Malaysia ?

Untuk Menyertai, sila klik Pendaftaran Online
 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates