BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

PROGRAM QURBAN DAN SEDEKAH DI PALESTIN

Mengapa Gaza, Palestin

Serangan Israel pada 2008 mengorbankan ribuan nyawa dan kemusnahan  teruk
Sejak 1947, Palestin tidak aman lagi setelah United Nation memberikan sebahagian daripada tanahnya kepada Israel. Peperangan demi peperangan berlangsung, termasuk juga sekatan demi sekatan dan pencabulan hak yang dilakukan oleh Israel. Konflik dalaman pihak berkuasa Palestin juga turut memburukkan lagi keadaan. Konflik demi konflik yang tidak berkesudahan menyebabkan warga Palestin menjadi mangsa yang hampir kesemuanya kanak-kanak, wanita dan warga tua.

Pada 2006, Israel menyerang Gaza dan melakukan sekatan sepenuhnya (total blockade) sehingga serangan penuh dilakukan pada Disember 2008. Gencatan senjata dipersetujui pada 18 Januari 2009, namun sekatan dan tekanan masih diberikan kepada penduduk Gaza. Serangan tersebut telah menyebabkan ribuan kematian dan kecederaan, memusnahkan puluhan masjid, sekolah, university, hospital dan rumah.

Yayasan Salam Malaysia telah membuka dana bantuan untuk dihulurkan kepada penduduk Gaza pada 2009 dan menghantar bantuan makanan serta perubatan ke sana. Sejak dari itu, kita memulakan dua program di Gaza iaitu:

1.    Ramadhan Food Parcels
2.    Qurban

Dana untuk Ramadhan Food Parcels dibuka sepanjang tahun dan akan diserahkan sebelum Bulan Ramadhan setiap tahun untuk membolehkan rakan organisasi melakukan persiapan. Kesemua bantuan disalurkan kepada mangsa peperangan – anak-anak yatim dan ibu tunggal atau keluarga yang hilang tempat bergantung.
 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates