BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Telaga Tiub (tube well) Di Bangladesh

Bangladesh mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan majoritinya adalah beragama Islam. Menurut World Health Organisation (WHO), dari tahun 2000 - 2010, dianggarkan seramai 70 juta penduduk Bangladesh terdedah kepada pencemaran arsenik dalam sumber air mereka. Sila lihat : http://www.who.int/bulletin/volumes/90/11/11-101253/en/  . 

Pada tahun 2000, pencemaran racun arsenik dalam sumber air telah menyebabkan WHO mengisytiharkan kecemasan di seluruh negara. Pun begitu, bantuan yang diberikan masih belum mencukupi.

Oleh itu, Yayasan Salam Malaysia merasakan penyediaan telaga tiub merupakan kaedah murah, mudah dan berkesan untuk membantu mereka. Dan, dana wakaf merupakan salah satu cara untuk menyumbang ke arah itu.


Bersama dengan Sabeelul Huda Education Foundation Bangladesh, program telaga tiub ini akan menumpukan pembinaannya di kawasan perkampungan dan satu telaga dapat dikongsi oleh beberapa keluarga.

Kos pembinaannya pula adalah antara RM600 hingga RM3000 bergantung kepada kawasan dan kedalaman telaga. Pun begitu, kami menerima sumbangan mengikut kemampuan orang ramai dan jumlah terkumpul akan segera diserahkan untuk memulakan projek telaga tiub.

Yayasan Salam membuka kutipan dana wakaf sepanjang tahun sebagai usaha menyegerakan pembinaan telaga tiub. Sila hubungi Yayasan Salam Malaysia di 03-79584021 atau info@salam.org.my.

Pembinaan telaga tiub membantu menambah qualiti
kehidupan penduduk Bangladesh








Contoh telaga tiub yang dibina
Sumber gambar : http://medicalxpress.com/news/2014-10-methods-reverse-arsenic-danger-bangladesh.html



 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates