BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Qurban, Akikah Dan Wakaf Telaga Di Bangladesh

Program yang dijalankan sejak 2014 ini adalah kesinambungan program qurban dan akikah di Kemboja. Setelah hampir sepuloh tahun menjalankan program ini, tibalah masanya untuk Yayasan Salam Malaysia menerokai umat Islam di negara lain dan Bangladesh telah dipilih.

Mengapa Bangladesh?

Bangladesh adalah sebuah negara yang majority penduduknya beragama Islam. Boleh dikatakan ia adalah negara yang baru merdeka berbanding Malaysia iaitu pada 1971. Dengan jumlah penduduk lebih 140 juta, ia merupakan antara negara paling padat dengan jumlah kemiskinan yang tinggi. Setiap tahun Bangladesh dilanda banjir besar dan angin taufan, menambah lagi derita umat Islam di sana.

Yayasan Salam Malaysia telah berkerjasama dengan Sabeelul Huda Education Foundation Bangladesh untuk menjayakan program di sana. Tiga program yang dijalankan adalah qurban, akikah dan wakaf telaga. Semoga perlaksanaan program ini akan memudahkan kehidupan penduduk Islam Bangladesh.

qurban di BangladeshOleh kerana Bangladesh mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, pencemaran air sering berlaku. Malah, pada tahun 2013 dan 2014 bekalan air telah tercemar dengan racun arsenik. Demikian itu, bekalan air bersih menjadi satu keutamaan dan telaga tiub merupakan salah satu penyelesaian termudah dan murah. Yayasan Salam Malaysia telah membuka dana wakaf untuk membina telaga tiub di kawasan perkampungan yang terjejas. Untuk menyumbang, sila hubungi 03-79584021 atau info@salam.org.my .

Yayasan Salam Malaysia dan Sabeelul Huda Education Foundation sedang dalam perancangan untuk mengembangkan lagi program di Bangladesh pada masa akan datang. Ia bukan sahaja qurban, akikah dan wakaf telaga tiub tetapi juga membangunkan kemudahan pembelajaran pondok dan kemudahan masjid di sana. Untuk itu, bantuan dan sokongan umat Islam di Malaysia sangat diperlukan.

Sebagaimana di negara lain, program qurban dan akikah ini juga bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk di Bangladesh dengan proses penjualan dan pembelian lembu. Ia serba sedikit membantu meringankan beban para petani apabila kawasan pertanian dilanda banjir. Bantulah kami untuk membantu mereka.

Untuk menyertai secara online, sila ke ……..
 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates