BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Qurban, Akikah, Wakaf Dan Sedekah di Kemboja

qurban KembojaProgram qurban dan akikah yang dijalankan sejak 2006 ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan sejak ia diperkenalkan. Bermula dengan usaha secara kecil-kecilan, Yayasan Salam Malaysia berusaha untuk menjadikan program qurban, akikah dan wakaf masjid ini sebagai program tahunan. Sejak itu, penyertaan dari orang ramai amat menggalakkan. Pada tahun-tahun lalu, penyertaan orang ramai membolehkan sebanyak 180 ekor lembu setahun diagihkan kepada komuniti yang memerlukan di Kemboja.

Selain dari ibadah qurban, akikah dan wakaf pembinaan masjid, SALAM turut menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan, kebersihan dan kesihatan diri, berkhatan, membaik-pulih sekolah dan pondok pengajian, pembinaan telaga dan sumbangan generator elektrik atau sistem solar serta bantuan buku agama dan peralatan kelengkapan masjid. Sebagai sebuah badan yang tidak berasaskan keuntungan, kesemua sumbangan digunakan dengan sebaiknya untuk komuniti setempat.

Masjid Ratanakkiri dulu dan kini
Masjid di Kampung Selamat, Ratanakkiri
Sejak program ini dijalankan SALAM berjaya mendirikan 5 buah surau untuk kegunaan umat Islam di Wilayah Kratie, Cambodia. Ia bukan sekadar menjadi tempat menunaikan ibadah, malah turut dijadikan kelas pengajian dan pusat kegiatan komuniti. Sebuah masjid juga telah siap didirikan dan telah digunakan di Wilayah Ratanakkiri hasil sumbangan orang ramai. Kini, ia cuma perlu dilengkapkan lagi dengan penambahan bilik air, kolam wudhu’, solar dan sebagainya. Sumbangan wakaf dari orang ramai masih dibuka dan kutipan dana dijalankan sepanjang tahun. Sila hubungi Yayasan Salam Malaysia jika ingin menyumbang atau layari www.salam.org.my .

Oleh yang demikian, program ini bukan sahaja membantu umat Islam di Malaysia menunaikan Ibadah qurban, akikah dan wakaf yang menjana pahala berterusan, malah ia turut membantu membangunkan umat Islam di Kemboja. Aktiviti penjualan dan pembelian haiwan qurban memberikan peluang pendapatan kepada masyarakat Islam Kemboja. Ia juga bukan satu program sampingan tetapi menjadi tanggungjawab SALAM untuk membantu komuniti yang memerlukan di sana. Sejak 2015, Yayasan Salam bersama UTM berusaha membangunkan program peningkatan kemahiran kepada wanita disana seperti  kemahiran membuat kuih-muih, jahitan, anyaman dan melatih mereka dalam memasarkan produk tersebut. Salah satu kampung yang menjadi tumpuan adalah Klaeng Sbek.
jahitan wanita
Latihan jahitan di Klaeng Sbek

Penglibatan SALAM di Kemboja bukanlah baru tetapi bermula sejak 1997. SALAM telah menghantar sukarelawannya untuk membantu komuniti di sana dalam bidang pendidikan, keusahaw anan dan kemahiran. Dan kini, kita meluaskan aktiviti di sana dengan menjalankan program qurban dan akikah di samping membangunkan kemudahan dan melengkapkan keperluan untuk penduduk Islam di Kemboja. 

Sangat mudah untuk menyertai kami, tempahan qurban boleh dibuat secara online. Program-program sebegini memerlukan bantuan dan penyertaan anda semua. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: www.qurban.salam.org.my atau terus sertai qurban akikah secara online: tempahan qurban dan akikah online









 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates